Bila aku kenang kembali ketika zaman persekolahan dulu, aku selalu berangan, bagaimana agaknya kalau usia dah menjangkau 20 an? bila umur menginjak ke angka 2 ini, aku merasakan sebagai seorang wanita yang matang..dan part yang paling menarik, selain berangan ke universiti, aku akan berkahwin setahun setelah tamat pengajian. terasa geli dan malu sendiri.. Ketika itu yang aku rasakan hanyalah merasa seronoknya hidup bersama insan yang aku sayang,yang selalu aku rindu,namun ranjau dan pengalaman pahit manis sepanjang usia 2 itu membuat aku semakin matang bila memikirkan soal perkahwinan ini.
Berapa raamai di kalangan kita yang benar benar bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan sebagaimana kita bersedia untuk menduduki peperiksaan besar..Persoalannya adaakah kerana,
1)kawan kawan sekeliling telah pun berpasangan dan berumahtangga, atau takut dengan gelaran Andalusia,maka kita membuat keputusan untuk menamatkan sahaja zaman single ini.
Sekiranya kedua duanya adalah jawapannya YA, maka kepada yang akan berkahwin dan baru sahaja membuat keputusan untuk berkahwin, maka fikirkanlah kembali.Perkahwinan bukan sahaja untuk mengelakkan dari berlakunya perhubungan haram, tetapi lebih dari itu.Kedudukan hati dan niat yang benar dan lurus itulah yang amat penting.
2)Ada juga yang berkahwin kerana desaakan luar malah ada yang sanggup berkorban mengenepikan kebahagiaan diri agar ibu dan ayah berbahagia, tetapi masih mengekalkan niat dan hati yang benar benar ikhlas dan lurus.
Mungkin aku termasuk di kalangan yang ke dua, yelah usia aku dah pun menginjak ke 33 tahun, sampai bila aku harus menanti.Aku terima seadanya Qadha dan Qadar Allah ke atas hidup ku.Segalanya ada hikmah dan rahsianya hanya Allah yang Maha Mengetahui.Itu yang aku pegang selama ini menyebabkan aku tidaklah obses atau bimbang dengan gelaran Andalusia ini.
Aku mengambil keputusan untuk bertunang bila memikirkan dan mengenang kata kata emak dan meyakinkan masyarakat di luar sana yang aku bukanlah tidak peduli dengan sunnah Rasulullah ini.Akhirnya pada 14 hb Jun 2009, bermula detik dan pengalaman baru dalam hidup aku.Dan yang penting bukan kerana Cinta, tetapi hanya mencari keredhaan Allah dan kebahagiaan mak dan ayah.