Tuesday, October 20, 2009

PERSEDIAAN 1:ANTARA LAHIRIAH DAN KEMATANGAN

Persoalan ini selalu bermain di minda.Adakah aku benar benar bersedia dan matang dalam membuat keputusan.Hati sering berbisik dan merayu agar aku pertimbangkan semula.Ragu ragu selalu datang namun di atas kepercayaan diri aku teruskan juga kerana keputuusan telah dibuat.Hanya azam dan niat yang lurus aku putuskan dan tekad di dalam hati.Tiada lagi pusing sana sini dan mencari.Aku dah ada dia, my Mr"E".
So selepas cuti Raya Cina awal tahun ini, aku dan dia decide untuk mengikat tali pertunangan.Selepas tu terus aku decide apa yang perlu diberi, berapa dulang yang perlu disediakan, and Mr E memberi 100% kebebasan kepada aku untuk mendesign dan menyediakan apa apa yang patut.Segalanya di tangan aku.
Berdebar juga sebab inilah pengalaman pertama bagi aku.,Seriously aku tak tahu apa yg patut dibuat, tapi aku membuat perancangan sebaik yang mungkin.Tak perlu kalut malut.Segalanya serba ringkas.
Persediaan boleh aku katakan terlebih awal dari biasa.Apakan tidak, decide bulan 2, beli barang barang utk buat hantaran aku sediakan seawal bulan 3,sedangkan majlis akan diadakan hanya pada bulan 6.. emm rasa xcited pulak wlu pd awalnya aku kurang percaya diri sendiri.Segalanya sendiri ku lakukan tanpa bantuan sesiapa.
Cuma ada ku kongsikan sedikit dengan mak dan ayah.Perbincangan tentang majlis merisik dan bertunang.
3 Mei, Mr E membawa kedua dua orang tuanya berjumpa ahli keluarga ku, yg aku respect sebab dia bawa mak ayahnya tanpa aku..dan yang paling aku tersentuh bila pertama kali dia ke rumah aku, dia memohon izin mak dan ayah untuk berkawan dan mengenali aku dengan lebih dekat lagi.

"Cinta tanpa keikhlasan akan musnahkan segalanya"

No comments:

Post a Comment