Siapa Aku?Apa fungsi aku di Dunia ini? Adakah sebagai parasit atau pemberi manfaat dalam kehidupan orang lain?Parasit hidupnya menumpang,namun bebas..tapi setakat mana kebebasan yang boleh aku dapat? Kenapa ada manusia yang inginkan kebebasan?Adakah setelah datangnya Islam di dunia ini manusia masih lagi terbelenggu?Kenapa ada manusia yang inginkan kebebasan tanpa batas?Apakah selamanya hidup kita akan berpanjangan? Adakah manusia itu akan terus kekal bernafas dalaam dunia?Sudah tentu tidak.Bagi manusia beragama dan mendalami istilah kehidupan ini sudah tentu bukan kebebasan yang mereka mahukan, tetapi hidup yang lebih bererti dan ketenangan yang hakiki.
Setiap kali bersendirian aku selalu menatap langit,melihat kehijauan tumbuhan dan desiran angin. Pada ketika itu aku merasakan Allah dekat.Besarnya ciptaan dan kuasaNYa.Tidak akan ada setanding dengan kuasa Illahi.Jauh di lubuk hati,aku merasa kecil.Selalu hatiku berbisik, bagaimana alam akhirat itu?
Aku membayangkan,seluruh makhluk Allah yang berada di alam kubur dibangkitkan menuju ke satu tanah lapang,gersang,sesayup mata memandang,semua berkumpul,berlari,berjalan,merangkak, menyusup.Ada yang menangis,ketawa,sedih,tersenyum.. tapi aku yang mana? Yang membuat aku tak dapat menahan linangan air mata adalah apabila aku tidak dapat bertemu Junjungan besar Rasulullah..Aku mahu bersama dan melihat wajahnya.. setiap kali aku berselawat kepadanya, aku menangis..apa mungkin aku bisa bersama Dia? sudah tentu tidak kerana siapa aku?
Bermula dari inilah..siapa aku harus dijawab.. Aku mahu bertemu Allah, Aku mahu bersama Rasullullah..pasti ada cara, pasti ada jalan..semoga jalanku akan sentiasa lurus..menemui Allah Yang Esa.
JOIN FREE ONLINE COURSE
10 years ago

No comments:
Post a Comment